KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil memberi jaminan Parti Rakyat Beratu (UPP) yang baru didaftar akan memberi penekanan sama rata terhadap kepentingan golongan Bumiputera di negeri ini.
Beliau berkata walaupun parti itu berasaskan masyarkat Cina, tetapi kepimpinannya tidak melihat bangsa, warna kulit, kaya atau miskin tetapi mereka jujur dalam memperjuangkan kepentingan bersama.
Kepimpinan parti akan memastikan parti itu adalah terbuka dan demokratik dalam membenarkan sesiapa sahaja mengeluarkan pendapat tentang bagaimana parti itu boleh berkhidmat untuk semua, katanya pada majlis pelancaran parti itu di sini hari ini.
Beliau berkata UPP merupakan parti berbilang bangsa.
"Dalam UPP, kita akan melihat antara satu lain sama penting dan semangat perpaduan ini peru dijadikan sebagai semangat perpaduan yang jujur," katanya.
Dr Jerip yakin pemimpin dan anggota parti dapat bekerjasama secara jujur dan mengelak perkelahian dan gila kuasa kerana ia boleh kehilangan sokongan rakyat.-- BERNAMA
No comments: