Seo Services

Penghapusan Polisi AP Di Sarawak Harus Dikaji Semula

KUCHING: Kerajaan Pusat digesa agar membuat kajian semula dasar permit import (AP) di negeri Sarawak selepas dicadangkan untuk dihapuskan oleh Kementerian Antarabangsa dan Industri (MITI) pada masa yang belum diketahui.

Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem berkata lesen AP sedia ada telah membuka perusahaan automotif yang kompetitif di negeri ini sekali gus mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

“Kita tidak mahu industri automatif di Sarawak terhapus begitu sahaja. Selama ini, kita diberi peluang dalam perusahaan automobile bukan tujuan membina namun menjual.

“Justeru, kita berjaya menwujudkan usaha perniagaan dengan lebih 2,000 orang pekerja,” katanya pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Pengimport dan Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak di sebuah hotel di Bandaraya di sini semalam.

"Ia adalah amat tragik jika AP untuk Bumiputera dimansuhkan begitu sahaja sekali gus menutup peluang perindustrian automotif dan kewujudan lebih banyak tenaga kerja," katanya sambil menambah ini bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan tanpa kajian terperinci.

"Contohnya, di Australia, automobil dari Mitsubishi dan Toyota terpaksa ditutup bukan kerana masalah AP tetapi didapati tidak kompetitif dan situasi ini berbeza dengan negeri kita. Oleh itu, saya menggesa kajian semula perlu dilakukan kerana penghapusan AP di Sarawak melibatkan bidang perniagaan,” tambahnya lagi.

Menegaskan, sekiranya dasar AP harus dihapuskan juga, pihak MITI perlu memberikan sebab kepada pelaksanaan langkah terbabit kepada beliau, Adenan berkata kita tidak meminta kes istimewa di Sarawak namun memanjangkannya kepada satu tempoh masa tertentu bersama dengan pengusaha automotif lain di Semenanjung Malaysia.

“Saya berusaha melakukan ini untuk anda (PEKEMA). Saya akan cuba,” ujarnya.

Turut diadakan dalam majlis berkenaan ialah penyampaian sumbangan berjumlah RM65,000 kepada tiga pertubuhan termasuk anak angkat PEKEMA berbangsa Bidayuh, Forrina Stephen.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri, Menteri Kerja Raya, Datuk Haji Fadillah Yusof dan Presiden PEKEMA Cawangan Sarawak, Dato’ Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Haji Marzuki. - Sarawakiana
Penghapusan Polisi AP Di Sarawak Harus Dikaji Semula Penghapusan Polisi AP Di Sarawak Harus Dikaji Semula Reviewed by Admin on August 24, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Boleh tak pak menteri tunjuk kedai atau outlet pakema yg tulin jual kereta..di seluruh sarawak....yg melambak adalah cinabeng....

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.