KUCHING: Tiada rahsia di sebalik kemenangan saya pada hari ini, cuma latihan yang intensif dan juga sedikit tuah yang telah memungkinkan kemenangan ini buat diri saya.
In diluahkan oleh pemenang tempat pertama kategori terbuka 42 kilometer (km) di Kuching Marathon 2014 Cherop Ezekiel Cherop dari Kenya kepada wartawan Sarawakiana selepas memenangi marathon tersebut awal pagi tadi.
"Saya betul-betul tidak ada apa jua rahsia mengenai kemenangan saya ini cuma pesanan saya kepada mereka yang mahu menyertai pertandingan maraton supaya bersabar dan berlatih dengan kuat."
"Setiap hari, saya akan berlatih dan berlari sejauh 30 km sebagai larian rutin saya," katanya lagi sambil menambah ini adalah kali pertama beliau sampai di Malaysia di mana keadaan suasana di sini baik dengan cuaca yang lembap.
Cherop menyatakan beliau begitu gembira dengan kemenangannya dengan mencatatkan lariannya dalam masa dua jam dua puluh minit, mengalahkan ratusan pelari-pelari yang lain yang bertanding dalam kategori yang sama.
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Perlancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg. - Sarawakiana
No comments: