Seo Services

Hadiah wang tunai Kuching Marathon akan digandakan pada tahun hadapan

KUCHING: Hadiah wang tunai Kuching Marathon akan digandakan pada tahun hadapan agar diharap akan dapat menarik ramai lagi peserta dalam mahupun luar negara.

Menteri Pelancongan dan Perumaha Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata demikian sambil menambah sambutan yang cukup baik telah diterima biarpun ianya adalah penganjuran kali pertama kali di bandaraya ini.

Jumlah keseluruhan bagi Kuching Marathon pada tahun ini adalah sebanyak RM125,000 dan kita merancang ianya akan digandakan kepada RM250,000 pada tahun hadapan."

"Penyertaan seramai 5,500 peserta daripada 30 negara telah melebihi sasaran iaitu kira-kira 5,000 orang," katanya lagi.

Beliau menjelaskan maraton kita ini begitu unik dan ini terbukti apabila pandangan dan penilaian pakar mengenai tempat laluan kita bahawa ia berbeza dan unik berbanding dengan tempat penganjuran maraton yang lain.

"Tempat laluan kita yang melalui kampung-kampung menunjukkan semangat komuniti itu yang mana pada awal pagi tadi penduduk-penduduk kampung menyambut dan memberi sokongan kepada peserta-peserta yang melalui kampung mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuching Marathon 2014 di sini hari ini.

Johari juga berharap agar Persatuan Maraton Kuching (KMA) yang merupakan penganjur bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyediakan laporan secepat mungkin untuk dihantar kepada badan antarabangsa bagi mendapat pengiktirafan.

"Selain itu, pihak kementerian bersama DBKU juga akan menambah baik fasiliti yang ada bagi menyediakan kemudahan untuk kegunaan acara maraton di masa hadapan.

"Seterusnya, langkah ini akan menempatkan acara ini bukan sahaja terkenal di dalam negara malah luar negara," ujarnya.

Hadiah wang tunai Kuching Marathon akan digandakan pada tahun hadapan Hadiah wang tunai Kuching Marathon akan digandakan pada tahun hadapan Reviewed by Admin on August 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.