KUCHING: Kementeriaan Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan "Halal Outreach Programme (HOPE) 2014" Peringkat Negeri Sarawak dikelolakan oleh HDC bertempat di Hotel Hilton Kuching.
Seminar ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran halal disamping memberi maklumat mengenai halal, memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan dan pelaburan, menyediakan jaringan perniagaan dan mengukuhkan peranan HDC dalam pembangunan bidang halal.
Pengurus Besar HDC, Cik Iswarni Salleh berkata, obkektif seminar ini diadakan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam global intergriti halal.
Seminar ini disasarkan kepada usahawan-usahawan tempatan bagi menyediakan paltform kepada usahawan-usahawan peluang perniagaan serta memberi pemahaman mengenai industri halal.
Ucapan dirasmikan oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak mewakili YAB Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak.
"Program HOPE 2014 Peringkat Negeri Sarawak ini diadakan untuk memperkasakan inisiatif halal. Halal bukan sahaja berkaitan dengan agama malah ia merupakan tawaran nilai yang menjadi pemangkin kemajuan ekonomi dalam meningkatkan permodalan insan," kata Abang Johari menerusi ucapannya.
Permintaan untuk barangan halal dijangka meningkat memandangkan bilangan penduduk Islam seluruh dunia meningkat dua kali ganda berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Prestasi eksport halal juga akan meningkat
seiring dengan permintaan yang semakin meluas untuk produk yang mematuhi halal. Pihak kerajaan akan memperhebatkan lagi program dan insiatif mengenai akses pasaran dalam misi perniagaan jual beli untuk produk halal.
Pasaran global amat besar kerana ia bukan sahaja merangkumi barangan makanan bahkan juga termasuk barangan bukan makanan seperti kosmetik, ramuan dan lain-lain.
Untuk makluman, setakat Mac 2014 terdapat sebanyak 4,496 buah syarikat aktif yang disahkan halal di Malaysia. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 35.50% berbanding 3,319 buah syarikat pada satu jangka masa yang sama iaitu pada tahun 2013.
Di Sarawak, terdapat 141 buah syarikat yang diluluskan sijil halal dimana 40 syarikat milik bumiputera, dari jumlah tersebut 9 adalah syarikat multinasional, 76 adalah industri kecil dan 56 adalah industri kecil sederhana.
Transformasi ke arah memperkasakan pasaran halal
Reviewed by Unknown
on
August 18, 2014
Rating:
No comments: