Seo Services

Wanita dibaham buaya ketika sedang mandi



SRI AMAN: Seorang wanita dipercayai dibaham buaya ketika sedang mandi di sungai Batang Lupar  dekat Kampung Temelan pada Sabtu lalu.

Wanita tersebut dikenali sebagi Daital Yup,26, warganegara Indonesia dan dilaporkan hilang pada sekitar jam 6 petang hari yang sama.

Mangsa yang dikatakan datang untuk menemui abang iparnya yang tinggal di Kampung Temelan yang terletak diseberang Kampung Hilir, Sri Aman.

Menurut saudara mangsa, beliau merasa hairan mangsa yang berada di tepi pantai disambar buaya sedangkan seorang lagi sedang mandi di dalam sungai terselamat.

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sejurus selepas laporan polis dibuat pada jam lebih kurang 7.45 malam.

Sementara itu, ketika ditemui Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh berkata laporan polis dibuat oleh saudara mangsa Mohammad Amin Saharum,43, menyatakan dirinya dihubiungi iparnya yang berada dikampung tersebut yang memohon mencari mangsa yang dipercayai disambar buaya.

Mat Jusoh berkata, mangsa dipercayai datang ke Sri Aman untuk melawat abang iparnya di Kampung Temelan bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Yusnita.

"Kejadian yang berlaku sekitar jam 6petang di Kampung Temelan sebuah perkampungan yang dihubungkan hanya menggunakan sungai sahaja." tambahnya lagi.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan operasi SAR ini melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia(PDRM), Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM).






Wanita dibaham buaya ketika sedang mandi Wanita dibaham buaya ketika sedang mandi Reviewed by Unknown on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.