Seo Services

Yuri mandi dengan 5 juta duit syiling


Seperti impian kebanyakan orang, Yuri Babin, pesara pegawai tentera dari Novosibirsk, Rusia mengimpikan bergelar jutawan dalam hidupnya.

Akhirnya, Yuri berjaya mencapai impiannya cuma dengan cara yang berbeza apabila dia digelar oleh penduduk tempatan sebagai 'jutawan kopek’ kerana memiliki lebih lima juta syiling 'kopek’.

Kopek ialah syiling dalam mata wang Rusia iaitu satu per 100 daripada rubel.

Yuri menghabiskan kira-kira 16 tahun untuk mengumpul syiling tersebut dan amat berbangga dengan koleksinya itu.

Cerita Yuri, dia mula mengumpulnya pada tahun 1997, sewaktu Bank Rusia mengalami masalah yang membuatkan kopek secara amnya menjadi tidak bernilai.

Sewaktu orang lain berusaha membuang syiling tersebut yang dianggap sudah tidak bernilai, Yuri yang turut digelar Scrooge McDuck, watak kartun itik yang gemar mengumpul syiling versi Rusia ini sibuk memburunya.

Matanya sentiasa meliar di jalan raya mencari syiling kopek yang terjatuh dan turut menukar dengan peniaga yang sudah tentu tidak mahu lagi menggunakan syiling tersebut.

Berat timbunan syiling jutawan kopek itu kini dianggarkan mencecah 7,500 kilogram!

Namun, jumlah sebenarnya hanyalah 50,000 rubel, bersamaan AS$1,500 (RM4,750).

Bagaimanapun, bukan nilai mata wang yang diambil berat oleh Yuri. Dia percaya satu hari nanti mungkin ia langsung tidak diguna lagi dan menjadi amat berharga.

Lagipun baginya, bila lagi dia boleh bermandikan duit seperti yang sering dilakukannya sekarang. Malah, dia juga menggunakan beberapa kopek untuk ditampal pada bajunya bagi menyinari baju-bajunya

Yuri mandi dengan 5 juta duit syiling Yuri mandi dengan 5 juta duit syiling Reviewed by Unknown on August 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.