Seo Services

Adenan, Seorang Ketua Menteri Yang "Simple Dan Humble"


Ternyata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Haji Satem adalah seorang yang "simple dan humble" apabila beliau dan isterinya Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah dilihat menjamu selera di Foodcourt Alamanda, Putrajaya semalam.

Gambar mereka berdua di premis makanan tersebut tersebar di media sosial menarik pehatian ramai pelayar-pelayar maya dan juga beberapa orang bloggers dari Semenanjung yang memuji Adenan yang bersifat "sempoi, rendah diri dan berjiwa Rakyat".

Difahamkan, gambar ini di ambil setelah Adenan menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terkenal dengan pembuka bicaranya; "Oooooo Haaaaa" apabila berucap dalam sesuatu majlis, status Ketua Menteri tidak menghalang Adenan menikmati makanan kegemaran beliau iaitu "Sizzling Yee Mee".

Seperti pengunjung yang lain, mereka berdua menanti pesanan makanan mereka dihantar tanpa memerlukan layanan istimewa "VVIP" seperti yang boleh dilihat dalam gambar ini dimana Jamilah sedang menanti hidangannya tiba.

Rakyat Sarawak seharusnya bersyukur mendapat seorang Ketua Menteri yang bersifat "down to earth dan humble" seperti Adenan namun sadisnya, masih terdapat segelintir individu yang sanggup menghina seorang pemimpin sepertinya. - Sarawakiana
Adenan, Seorang Ketua Menteri Yang "Simple Dan Humble" Adenan, Seorang Ketua Menteri Yang "Simple Dan Humble" Reviewed by Salfian Nawawi on October 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.