KUALA LUMPUR: Kerajaan amat komited dalam melaksanakan program penyeragaman harga, pemberian subsidi pengangkutan dan pembukaan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata, antara langkah yang akan diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ialah membina 20 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Semenanjung.
Kini terdapat 142 buah KR1M di seluruh negara.
Selain itu, kerajaan juga akan mewujud dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau harga dari kalangan persatuan pengguna.
Katanya, langkah lain yang akan diambil untuk tujuan itu ialah memperkukuh Unit Penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dengan 2,270 anggota, Unit Pemantauan Harga sebanyak 1,300 anggota dan Skuad Pengguna sebanyak 202,800 sukarelawan serta penglibatan 579 penghulu dan penggawa. - Bernama
#Bajet2015 : Kerajaan Komited Laksana Penyeragaman Harga Dan KR1M
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 10, 2014
Rating:
No comments: