Seo Services

Dua Pelajar GIATMARA Saratok Harumkan Nama Malaysia


SARATOK: Siapa sangka, dua anak jati pekan kecil Saratok berjaya mengharumkan nama negara dan Sarawak apabila memenangi pingat emas dan gangsa dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-10, baru-baru ini.

Dua pelajar GIATMARA Saratok ini menyertai Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-10 di Vietnam pada 19 hingga 29 Oktober lalu.

Dalam pertandingan tersebut, Mimi Faizura Shamsudin memenangi pingat emas melalui Pertandingan Teknologi Fesyen.

Sementara itu, Hamdan Majeni telah memenangi pingat gangsa dalam Pertandingan Penyususan Bata.

Dengan kejayaan itu, Mimi Faizura yang dibimbing oleh jurulatihnya Misuri Tuah berjaya membawa pulang pingat emas,sijil penyertaan dan wang tunai RM14,000.

Bagi Hamdan pula yang dibimbing oleh jurulatihnya Masran Moshidi, membawa pulang pingat gangsa,sijil penyertaan dan hadiah wang tunai RM5,000.

Keputusan tersebut telah diumum secara rasmi sempena majlis penutupan ASEAN Skills Competition 2014 di Hanoi, Vietnam malam kelmarin.

Dengan Kejayaan tersebut, kedua-dua peserta GIATMARA Saratok ini secara automatik mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Dunia 2015 atau World Skills Competition 2015 di Sao Paolo, Brazil Ogos tahun depan.

Seramai 51 peserta mewakili Malaysia dengan negara membawa pulang sembilan emas, lima perak dan empat gangsa dalam pertandingan terbabit.-BP
Dua Pelajar GIATMARA Saratok Harumkan Nama Malaysia Dua Pelajar GIATMARA Saratok Harumkan Nama Malaysia Reviewed by Unknown on October 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.