Seo Services

Suspek Rompakan Premis Perniagaan 24jam Diberkas


KUCHING: Seorang remaja berusia dalam lingkungan 20an telah berjaya diberkas oleh pihak polis di sebuah rumah terletak di Kenyalang Park semalam.

Difahamkan remaja berkenaan adalah merupakan suspek utama kes rompakan di beberapa premis dan juga suspek pecah masuk beberapa buah hotel disini dalam beberapa hari sebelum ini.

Dalam pada itu,  suspek telah mengaku bahawa dirinya terlibat dalam kes rompakan di beberapa buah premis 24jam di sekitar Kuching dan di beberapa buah hotel beberapa hari sebelum diberkas pihak polis.

Menurut sumber, suspek telah merompak menggunakan “spring knife” selain menggunakan helmet full face.

Sehubungan dengan itu, suspek akan ditahan reman dan akan disoal siasat bagi kes-kes berkaitan hari ini.-Sarawakiana
Suspek Rompakan Premis Perniagaan 24jam Diberkas Suspek Rompakan Premis Perniagaan 24jam Diberkas Reviewed by Unknown on October 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.