Saya kehilangan seorang abang yang baik dan mesra.
Datuk Abdul Malek Noor menyifatkan permergian Abang Bujang Taha adalah satu kehilangan seorang lagenda sukan negara namun bagi dirinya, dia telah kehilangan seorang abang yang baik dan mesra.
"Bekas juara empat kali Mr Asia, Allahyarham Bujang Taha adalah seorang yang peramah, jujur dan dia tidak pernah menceritakan kesusahannya kepada sesiapa hingga ke akhir hayat beliau."
"Biarpun Abang Bujang hidup susah sehinggakan terpaksa menjual sayur di pasar untuk mencari makan, dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa," katanya lagi.
"Namun kita kena hormat cara kehidupannya dan dia amat jujur, kalau dia tidak suka sesuatu dia akan terus menyatakan dia tidak suka .. itulah Abang Bujang."
Malek Noor berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Sarawakiana selama hampir 45 minit di sebuah hotel berdekatan Bandaraya Kuching pagi tadi.
"Antara sifat Abang Bujang yang saya suka adalah beliau tidak suka menyusahkan orang lain, tidak pernah mengata atau mengutuk orang lain dan ini membuat saya begitu menghormati beliau."
Mengimbas kembali perkenalannya dengan Bujang Taha, Malek Noor berkata, perjumpaan kali pertama dengan Bujang Taha adalah apabila beliau memasuki pertandingan bina badan terbuka Malaysia di Terengganu pada tahun 80-han dan pada masa itu, beliau memang tak kenal siapa-siapa pun.
"Mula-mula sekali Bang Bujang datang ke bilik saya dan memperkenalkan dirinya, saya Bujang Taha dari Sarawak, bantam-weight ... pada masa itu, nama beliau masih top lagi dan dari situlah bermulalah persahabatan kami."
"Kemesraan dan persahabatan kami bermula dari situ dan kami bertemu dalam beberapa kejohanan selepas itu. Walaupun Bang Bujang mengundurkan diri dari dunia bina badan, kami masih rerus berhubung."
"Lazimnya, kalau kami berjumpa, Abang Bujang akan memeluk saya dan berkata abang sayang kamu .. itulah yang sering beliau katakan sambil memberi nasihat agar menjadi manusia yang baik dan berjaya .. beliau selalu begitu," katanya lagi sambil menambah hubungan mereka berdua bagaikan adik-beradik.
Ditanya bilakah kali terakhir beliau bercakap dengan Bujang, Malek Noor menahan sebak sambil berkata beliau ada menghubunginya setelah Bujang dimasukkan di Hospital.
"Saya berbual dengan anaknya menerusi talipon dan apabila saya meminta hendak bercakap dengan Abang Bujang .. tapi mungkin dia memakai alat pernafasan kerana nazak .."
Malek menerangkan beliau sepatutnya datang ke Kuching pada hari Sabtu namun rawatan susulan ke atas lutut kiri beliau telah menhalang beliau utnuk berbuat demikan.
"Permintaan terakhir Abang Bujang adalah ingin bertemu amat menyentuh hati .. mengapa saya yang di pilih oleh Abang Bujang .. mengapa tidak orang lain," kata Malek Noor lagi.
Malek Noor yang juga adalah jurucakap bagi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyatakan YAKEB telah menyumbang wang khairat RM11,000 kepada balu Allahyarham Bujang Taha.
Bekas jaguh Mr Asia, Allahyarham Bujang Taha, 77, ketika terlantar sakit di katil hospital pada hari Sabtu lepas menyatakan beliau sungguh teruja ingin bertemu dengan Malek Noor dijadualkan untuk menziarahinya pada hari ini.
Allahyarham Bujang, yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) meninggal dunia akibat komplikasi daripada barah mulut dan paru-paru pada jam 10.47 malam Ahad lepas.
Allahyarham Bujang merupakan antara perintis bina badan Sarawak di mana pada era kegemilangannya, beliau telah merangkul kejuaraan Asia sebanyak dua kali iaitu pada 1980 dan 1981.
Bekas jaguh Mr Asia, Allahyarham Bujang Taha, 77, ketika terlantar sakit di katil hospital pada hari Sabtu lepas menyatakan beliau sungguh teruja ingin bertemu dengan Malek Noor dijadualkan untuk menziarahinya pada hari ini.
Allahyarham Bujang, yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) meninggal dunia akibat komplikasi daripada barah mulut dan paru-paru pada jam 10.47 malam Ahad lepas.
Allahyarham Bujang merupakan antara perintis bina badan Sarawak di mana pada era kegemilangannya, beliau telah merangkul kejuaraan Asia sebanyak dua kali iaitu pada 1980 dan 1981.
"Saya memohon kepada semua orang ramai, selain dari bersedekah Al Fatihah kepada Allahyarham Abang Bujang agar mendoakan beliau ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman .. dan sekiranya ada silap dan salah, maafkanlah beliau, halalkan segala makan dan minum beliau," kata Malek Noor lagi. - Sarawakiana
EKSKLUSIF: Siapa Bujang Taha Di Mata Malek Noor
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: