Seo Services

Bayi Mati, Digoncang Kekasih Ibu


TIDAK berhati perut dan berhati binatang. Itulah gelaran sesuai diberikan kepada seorang lelaki selepas dia menggoncang bayi teman wanitanya sehingga mati dalam satu kejadian di Blackpool, England, baru-baru ini.

Connor Gibson, 23, didapati bersalah selepas membunuh Kacey Hambleton yang baharu berusia dua bulan.

Hasil bedah siasat mendapati, kecederaan dialami bayi malang itu menyamai impak kemalangan kereta.

Menurut fakta kes, Gibson menyerang Kacey selepas dipercayai berselisih faham dengan teman wanitanya, Louise.

Selepas menyerang mangsa, Gibson menghubungi talian kecemasan dan mereka cerita bahawa bayi itu terjatuh ketika dia mahu memandikannya lapor Mirror .

"Saya meninggalkan Kacey di dalam bilik mandi buat seketika, kemudian saya terdengar bunyi dentuman. Apabila saya masuk semula, dia sudah berada di atas lantai dan sukar bernafas," kata Gibson kepada petugas paramedik.

Kacey koma selama beberapa bulan sebelum disahkan meninggal dunia, Sabtu lalu.

Sementara itu, bapa kandung Kacey, Russell Hambleton, 27, dalam satu kenyataan berkata seluruh keluarga meratapi kehilangan puteri kesayangannya.

"Hati saya seperti dirobek. Kacey pergi meninggalkan kami dalam waktu yang cukup singkat," katanya.

Atas kesalahannya itu, Gibson dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun.-SHarian
Bayi Mati, Digoncang Kekasih Ibu Bayi Mati, Digoncang Kekasih Ibu Reviewed by Unknown on October 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.