Foto SH |
JOHOR BAHRU: Dua lelaki tempatan dipercayai ‘bapa ayam’ antara yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam Ops Sayang di sebuah hotel Jalan Sulaiman, di sini, sekitar jam 6.45 petang kelmarin.
Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri, Masri Adul berkata, seorang lelaki berumur 33 tahun ditahan ketika membawa tiga wanita warga Indonesia menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sunny berwarna putih.
Menurutnya, seorang lagi lelaki ditahan berumur 41 tahun ketika mencari pelanggan untuk dibawa memilih perempuan di tingkat atas premis.
“Operasi yang disertai seramai 12 anggota Imigresen berjaya menahan keseluruhan 18 wanita warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/ 63 (Akta 155) dan Perkara 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Mereka yang ditahan juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20 Atipsom 2007 dan Seksyen 12 Atipsom 2007,” katanya.
Masri berkata, ketika serbuan dilakukan, seorang daripada 10 warga Indonesia yang ditahan sedang bersama pelanggan di dalam bilik, manakala selebihnya berada di bahagian tengah premis sedang menunggu kehadiran pelanggan.
Katanya, pemeriksaan ke atas sebuah bilik penginapan yang terletak bersebelahan hotel yang diserbu menemui lima lagi wanita warga Thailand.
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasa, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika untuk siasatan lanjut.
“Kita turut menyita sebuah kereta jenis Nissan Sunny. Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan tamat sekitar jam 9 malam,” katanya.-SH
Dua Bapa Ayam Masuk Perangkap
Reviewed by Unknown
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: