PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan masih belum benar-benar berjaya.
Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri mahu penglibatan semua warganegara dalam menjayakan Dasar Bahasa Kebangsaan perlu ditingkatkan apatah lagi nilai bahasa kebangsaan begitu berbeza pada golongan tertentu.
Beliau berkata, bagitu juga dengan peranan media cetak dan media ekektronik yang perlu diberikan perhatian khusus dalam konteks memartabatkan bahasa kebangsaan berdasarkan pengaruhnya kepada masyarakat.
"Sebagai pihak yang amat berpengaruh kepada masyarakat peranannya cukup penting dalam menyemaikan mesej yang berkesan melalui bahasa yang difahami oleh golongan terbanyak," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UO
Peranan Bahasa Kebangsaan Untuk Perpaduan Belum Berjaya Sepenuhnya
Reviewed by JANUARIUS
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: