Dakwaan Google di saman sejumlah AS$100 juta (RM324.65 juta) kerana membiarkan gambar-gambar lucah atau bogel selebriti yang telah di sebarkan oleh penggodam, tanpa membuang dan membiarkan gambar-gambar tersebut tersebar di media dan laman sosail.
Selebriti yang terlibat ialah Rihanna, Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kim Kardashian, lapor laman web, Mail Online. Antara gambar-gambar bogel dan lucah selebriti yang terlibat ialah Rihanna, Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kim Kardashian.
Menurut sumber, Page Six, peguam- peguam yang mewakili selebriti terbabit mendakwa, Google berupaya membuang gambar-gambar yang dicuri daripada Internet, namun pihak syarikat berkenaan gagal berbuat demikian.
Sebaliknya, Google dilihat mengambil kesempatan terhadap kes itu untuk mendapatkan keuntungan daripada penganiayaan ke atas selebriti terlibat.
Pendakwa raya Hollywood, Marty Singer turut menulis surat kepada pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin menuduh tindakan mereka sebagai tidak beretika dalam menangani isu tersebut.
“Disebabkan mangsa yang terbabit adalah selebriti yang mempunyai nilai publisiti yang tinggi, anda tidak melakukan apa-apa, sebaliknya anda mengambil kesempatan dan tidak menghentikannya," menurut surat berkenaan.
Gambar-gambar yang dicuri oleh penggodam masih tersebar di laman-laman web sosial, walaupun terdapat polisi ketat yang melindungi pengguna daripada dianiaya.
Gambar-gambar lucah dan bogel selebriti adalah sepertimana yang anda lihat di bawah. Cuma saya tak boleh nak pastikan apakah gambar-gambar nie benar atau rekaan semata-mata untuk menjatuhkan imej mereka.
SUMBER
SUMBER
Google Disaman Berjumlah RM324.65 Juta
Reviewed by uMieySurianie
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: