Rupa-rupanya teknik mengodam mesin ATM ini seperti yang dilaporkan di Malaysia baru-baru ini yang telah mengakibatkan beberapa buah bank-bank di negara ini kerugian lebih dari RM3 juta sebenarnya lama berlaku di Eropah.
Menurut firma keselamatan digital Kaspersky Lab, mesin ATM sebenarnya "mudah ditipu" untuk mengeluarkan wang tunai selepas dijangkiti perisian bijak yang boleh mengelakkan sistem keselamatan bank.
Penjenayah siber memasang malware yang dikenali sebagai Tyupkin untuk mencuri berjuta-juta Dolar dan Euro dari ATM di Amerika Syarikat dan seluruh Eropah.
Perisian bijak ini hanya boleh dipasang terus ke dalam mesin ATM melalui pemacu CD itu.
Apabila mesin ATM itu dijangkiti, seorang pengodam boleh mengakses menu dalaman untuk melihat berapa banyak wang yang ada di dalam dan memaksa ia untuk mengeluarkan wang tersebut.
Menurut Kaspersky, pada mulanya hanya lebih daripada 50 ATM di Eropah Timur dijangkiti malware tersebut namun ia telah mula tersebar ke Amerika Syarikat, China, Perancis, India dan juga Malaysia.
Perisian ini hanya berfungsi pada mesin ATM tertentu menggunakan sistem operasi Windows 32-bit. - Sarawakiana
Godam Mesin ATM, Jutaan Dollar/Euro Dilaporkan Hilang
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 09, 2014
Rating:
No comments: