Seo Services

Asingkan Kementerian Belia Sukan Untuk Memantap Dan Memperkasakan Generasi Muda


KUALA LUMPUR: Ketua Editor Portal Suara Generasi Baru juga Calon Parlimen Belia Selangor, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin meminta kerajaan agar memecahkan portfolio belia dan sukan bagi memantapkan dan memperkasakan generasi muda dan kemajuan sukan tanah air.

Beliau yang bercakap ketika program wawancara Ruang Bicara bersama BernamaTV malam tadi berkata langkah kerajaan menggabungkan belia dan sukan di bawah satu kementerian merupakan satu langkah yang dilihat kurang wajar.

“Kementerian belia dan sukan perlu dipecahkan, kerana pada saya dengan cara itu ia mampu mengembalikan kegemilangan sukan tanah air dan di masa yang sama mampu memperkasakan generasi muda negara.

“Sebagai contoh, sukan badminton dilihat seperti telah ketandusan bakat baru apabila negara dilihat hanya mampu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei.

“Siapa lagi selepas Chong Wei” soalnya kepada moderator rancangan Bual Bicara, Dahlan Maamor semalam.

Menurut Zaffarollah, Kementerian Belia Dan Sukan pada ketika ini lebih memberikan tumpuan kepada bidang sukan berbanding meningkatkan daya saing belia yang merupakan tunjang kepada negara.

Beliau turut menegaskan peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian itu juga dilihat lebih tertumpu kepada pembanggunan sukan berbanding belia dan generasi muda.

“Belia negara seakan tertinggal jauh, dan hilang jati diri berbanding dahulu.

“Pada saya sudah tiba masanya ia dipisahkan atau ditambah baikkan” katanya lagi.

Zaffarollah juga turut menjelaskan, menurut satu kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa mutu dan kualiti belia negara jauh lebih rendah berbanding negara luar.

“Ia merupakan antara isu yang akan saya bangkitkan, sekiranya terpilih sebagai wakil Parlimen Belia Negeri Selangor kelak” tambahnya.


Asingkan Kementerian Belia Sukan Untuk Memantap Dan Memperkasakan Generasi Muda Asingkan Kementerian Belia Sukan Untuk Memantap Dan Memperkasakan Generasi Muda Reviewed by Unknown on October 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.