Seo Services

Hasrat Bujang Taha Terakhir Tidak Kesampaian


KUCHING: Hasrat terakhir bekas jaguh Mr Asia, Allahyarham Bujang Taha, 77, untuk bertemu dengan sahabat karibnya Datuk Abdul Malek Mohamed Noor yang juga merupakan jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali tidak kesampaian.

Allahyarham Bujang, yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) meninggal dunia akibat komplikasi daripada barah mulut dan paru-paru pada jam 10.47 malam semalam.

Wakil Sarawakiana yang sempat melawat Allahyarham Bujang di HUS pada hari Sabtu lepas menyatakan sungguhpun Allahyarham nampak penat dan menahan sakit terlantar di katil hospital, beliau sungguh teruja apabila memberitahu kami Datuk Malek Noor akan menziarahinya pada hari Isnin (hari ini).

"Nampaknya hasrat Allahyarham Bujang Taha tidak kesampaian menemui Datuk Malik Noor," kata wakil Sarawakiana sambil menambah beberapa orang pemimpin tempatan akan berusaha membawa Malek Noor menziarahi kubur Allahyarham Bujang Taha bagi menyempurnakan hasrat terakhir Bujang Taha.

Malek Noor telah dijadualkan tiba ke Kuching untuk menemui rakan karibnya pada jam 2 petang ini.

Jenazah Allahyarham Bujang Taha telah dibawa pulang ke rumahnya di 107, Kampung Tanjong di Petra Jaya semalam dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya pada jam 1.00 petang ini.

Allahyarham Bujang merupakan antara perintis bina badan Sarawak di mana pada era kegemilangannya, beliau telah merangkul kejuaraan Asia sebanyak dua kali iaitu pada 1980 dan 1981. - Sarawakiana
Hasrat Bujang Taha Terakhir Tidak Kesampaian Hasrat Bujang Taha Terakhir Tidak Kesampaian Reviewed by Salfian Nawawi on October 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.