Seo Services

Kerajaan Teruskan Pembangunan


LIMBANG: Rakyat luar bandar perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan kesinambungan pembangunan sekali gus tidak tunduk kepada propaganda pembangkang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, kempen pembangunan yang dilaung pembangkang di kawasan luar bandar hanya bercorak propaganda semata-mata.

“Justeru, rakyat di pedalaman perlu terus menyokong kerajaan dan kepimpinan sedia ada jika mahu kesinambungan pembangunan di kawasan luar bandar berterusan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri upacara perkahwinan suku kaum Bisaya antara Wynna Deborah Julain dan Setiausaha Majlis Daerah Limbang (MDL) Gustian Durani di Batu Danau semalam.

Turut sama isteri Jabu, Datuk Sri Empiang Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Miri Antonio Kahti Galis, Timbalan Residen Pembangunan Selamat Jati, Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan jemputan lain.

Jabu berkata, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem juga mengulangi jaminan meneruskan segala kesinambungan pembangunan seperti yang pernah dijalankan bekas Ketua Menteri sebelum ini, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, kemampuan BN memberi kestabilan politik dan keharmonian rakyat tidak dapat dinafi dalam menjadikan negeri ini terus maju.

“Apabila kestabilan politik dapat dicapai, ia memudahkan program pembangunan dirancang sebelum ini. Malah kerajaan dapat melaksana hingga ke peringkat akar umbi,”ujarnya.

Beliau juga tidak mahu rakyat berpuas hati dengan apa yang dikecapi sebaliknya terus memberi sokongan kepada BN supaya memerintah dan melaksana penambbaikan setanding negara maju lain.

Kerajaan BN katanya, menerusi wakil rakyat termasuk di Limbang bekerja keras membawa pembangunan khususnya di Batu Danau yang kini mengalami banyak transformasi cepat.

“Apatah lagi kenaikan peruntukan untuk Sarawak dan Sabah. Ini membuktikan keprihatinan kerajaan pusat yang mengutamakan keperluan rakyat terutamanya di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau turut gembira kerana bajet itu tidak meminggir keperluan masyarakat luar bandar yang masih mendamba lebih banyak kemudahan asas dan pembangunan mapan secara berterusan.

Mengulas mengenai upacara perkahwinan Bisaya itu, katanya ia mampu menonjolkan keunikan dan kebudayaan kaum Bisaya dan pada masa sama mengerat perpaduan dan silaturahim.

Pada majlis itu, kenamaan yang hadir turut dipersembahkan dengan upacara adat perkahwinan Bisaya iaitu Manta Barian, Babagu Atis, persembahan kebudayaan tarian Bisaya dan adat Bisaya lain. - UB
Kerajaan Teruskan Pembangunan Kerajaan Teruskan Pembangunan Reviewed by JANUARIUS on October 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.