Seo Services

Malek Noor Terkilan


Satu kekesalan yang disuarakan oleh Datuk Abdul Malek Mohamed Noor adalah Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) yang tidak menghantar wakil pada majlis pengkebumian Allahyarham Bujang Taha semalam.

"Saya agak terkilan mengapa PBBM tidak tidak menghantar sebarang wakil pada majlis pengkebumian Abang Bujang Taha .. ini perkara kematian .. sepatutnya mereka menghantar wakil .. mungkin boleh bertanya apakah yang kurang yang mungkin boleh mereka bantu .. tapi tak ada."

Malek Noor, yang merupakan jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali berkata demikian dalan satu temubual eksklusif bersama Sarawakiana di sebuah hotel berdekatan Bandaraya Kuching pagi tadi.

Malek yang juga adalah jurucakap bagi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyatakan selain dari menyumbang wang khairat RM11,000 kepada isteri Allahyarham Bujang Taha, beliau akan berusaha mengumpul sumbangan buat keluarga Allahyarham.

"Saya dan rakan saya, Terry Gallyot sudah pun bersetuju untuk memohon sumbangan dari semua pengiat-pengiat sukan bina badan di negara ini bagi tujuan tersebut."

"Duit bukanlah segala-galanya .. tapi keperihatinan dan kemesraan kita mengatasai segalanya, ianya lebih bagus dari duit," katanya lagi.

Bekas jaguh Mr Asia, Allahyarham Bujang Taha, 77, yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) meninggal dunia akibat komplikasi daripada barah mulut dan paru-paru pada jam 10.47 malam pada hari Ahad lepas.

Allahyarham Bujang merupakan antara perintis bina badan Sarawak di mana pada era kegemilangannya, beliau telah merangkul kejuaraan Asia sebanyak dua kali iaitu pada 1980 dan 1981. - Sarawakiana
Malek Noor Terkilan Malek Noor Terkilan Reviewed by Salfian Nawawi on October 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.