KUALA LUMPUR Seorang polis bantuan warga Malaysia ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di dalam tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, semalam.
Menurut laporan akhbar tempatan, dalam kejadian yang disedari jam 10.50 pagi, mangsa Lans Koperal S. Mohana, 34 ditemui oleh petugas lapangan terbang di tandas terminal berkenaan.
Komander Polis Bantuan Certis Cisco Deputi Komisioner Chua Chuan Seng dalam satu kenyataan memaklumkan senjata api jenis revolver milik mangsa turut ditemui disebelah mayatnya.
"Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui bagaimanapun polis sedang melakukan siasatan lanjut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan itu.
Difahamkan ketika kejadian Mohana sedang bertugas dan mendiang sudah berkhidmat selamat tujuh tahun dengan syarikat keselamatan itu.-HM
Polis Bantuan Ditemui Mati Di Singapura
Reviewed by Unknown
on
October 05, 2014
Rating:
No comments: