Seo Services

Pemimpin Pembangkang Dituduh Bersubahat Rancang Bunuh Presiden Venezuela



CARACAS: Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado akan didakwa atas tuduhan bersubahat dalam perancangan untuk membunuh Presiden Nicolas Maduro.

Mei lalu, pemimpin Parti Sosialis yang memerintah menuduh sekumpulan aktivis pembangkang termasuk Machado merancang untuk membunuh Maduro bagi memberi laluan kepada rampasan kuasa.

Bagaimanapun pihak pembangkang menafikan tuduhan itu.

"Mereka yang fikir mereka boleh mendiamkan kami dengan ancaman dan menyalah guna kuasa mereka sebenarnya tersilap," kata Machado dalam akaun Twitter selepas pengumuman itu.

Pejabat pendakwa berkata, Machado akan didakwa di mahkamah pada 3 Disember ini. - Reuters


Pemimpin Pembangkang Dituduh Bersubahat Rancang Bunuh Presiden Venezuela Pemimpin Pembangkang Dituduh Bersubahat Rancang Bunuh Presiden Venezuela Reviewed by JANUARIUS on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.