Seo Services

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Libatkan Dirinya


Panas kembali nama Tauke atau, Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa merupakan individu lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.

“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,” katanya dalam laporan akhbar Berita Harian.

Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Jjadi saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”


Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita.

Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar tersebut, individu berkenaan menghantar telefon bimbitnya di sebuah kedai untuk diservis.

Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan memori, lantas diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memuatnaiknya di laman sosial.

Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj karier dan memburukkan imejnya.

“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”

Selain itu, dia juga berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya.

Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kumpulan mereka kini dikenali sebagai Virus apabila memasukkan Zizan Razak. – MYNEWSHUB.CC
Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Libatkan Dirinya Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Libatkan Dirinya Reviewed by Unknown on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.