BINTULU: Keutamaan akan diberikan kepada kontraktor tempatan di Sarawak dan Sabah bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ianya bertujuan untuk memastikan peluang ekonomi yang lebih baik kepada kedua negeri ini dari projek yang bernilai RM27 bilion tersebut.
"Saya berjanji akan lebih kerap datang ke sini (Sarawak dan Sabah) untuk memastikan rakyat akan mendapat faedah daripada projek lebuh raya ini."
Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Negeri yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Patingi Tan Sri Haji Adenan Satem dan anggota kabinet Sarawak di sebuah hotel terkemuka sebentar tadi.
Mengharapkan Sarawak akan terus kekal menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang, Najib menyatakan, ada pihak cuba mahu mencairkan "fix deposit" Sarawak sebagai kubu kuat BN namun, mereka gagal dan sebaliknya, Sarawak masih menjadi kubu kuat BN.
Beliau juga memuji kepimpinan Adenan menerusi inisiatif memerangi pembalakan haram, penghapusan tol dan mengurangkan tarif elektrik membantuu mengukuhkan sokongan terhadap BN.
Terdahulu, Adenan dalam ucapannya pada majlis yang berkata, sebanyak 75 syarikat tempatan di Sarawak telah dikenalpasti akan diberi peluang untuk menjayakan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. - Sarawakiana
Pan Borneo: Kontraktor Sarawak Dan Sabah Diberi Keutamaan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 30, 2015
Rating:
No comments: