Seo Services

Pastikan Sarawak Kekal Menjadi Kubu Kuat BN - Najib


BINTULU: Demi untuk mengekalkan momentum pelan pembangunan yang sedia ada, rakyat Sarawak harus memastikan negeri ini terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat harus yakin kepada BN sebagai satu-satunya parti politik yang mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil bagi melaksanakan pelbagai agenda pembangunan untuk rakyat.

"Tak dapat kita bayangkan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya lalu .... entah apa akan jadi kepada negara ini dan rakyat boleh melihat gelagat mereka (pembangkang) yang kini bercakaran sesama sendiri."

"Di Sarawak saja, DAP sudah memutuskan hubungan dengan PAS, sama juga di Semenanjung, sudah berlaku pergaduhan terbuka dari segi dasar dan berbeza pendirian ... bagaimana kita (rakyat) mahu bergantung harapan pada mereka bagi membentuk kerajaan dengan keadaan sebegini," katanya lagi.

Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Henry Nuni Plen di Sungai Gelam, Sebauh, di sini hari ini.

"Sepanjang 52 tahun Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, ianya disifatkan sebagai satu keputusan "paling bijak" dimana pelbagai kemajuan dibawakan oleh BN ke negeri ini."

"Saya mahu rakyat Sarawak merasakan bahawa mereka membuat pilihan yang paling tepat untuk merdeka dalam Malaysia," tegasnya.

"Harapan kita adalah untuk membina sebuah masyarakat yang lebih makmur serta terus membangun di Sarawak dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat," katanya sambil menambah, kerajaan akan memastikan rakyatnya tidak terpinggir dan mendapat bahagian dalam pembangunan dan kejayaan yang dikecapi Malaysia. - Sarawakiana
Pastikan Sarawak Kekal Menjadi Kubu Kuat BN - Najib Pastikan Sarawak Kekal Menjadi Kubu Kuat BN - Najib Reviewed by Salfian Nawawi on March 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.