Seo Services

Ikrar Intergriti 25 ADUN BN dan 30 Setiausaha Politik Sarawak



Kerajaan Negeri Sarawak sekali lagi mencipta sejarah apabila seramai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak dan 30 Setiausaha Politik negeri itu menandatangani Ikrar Intregriti.

Majlis berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri , Kuching, petang ini. 

Watikah Ikrar Intregriti kemudian disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Ikrar Intregriti ini menggariskan enam prinsip iaitu berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada gejala rasuah; bersikap tegas terhadap mereka yang cuba melanggar undang-undang, peraturan dan etika pentadbiran kerajaan negeri, bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah, bersikap tegas terhadap mereka yang cuba mengugat intregriti kerajaan, imej kementerian jabatan dan agensi perkhidmatan awam, dan mematuhi sepenuhnya kod etika intregriti dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas demi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Menteri Datuk Patnggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan Pengurusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nesional (BNBBC) Sarawak, Abdullah Saidol.

Majlis ini  merupakan susulan kepada langkah bersejarah yang telah diambil oleh anggota Kabinet Sarawak yang menandatanganiIkrar Intregriti pada 15 Januari 2015.        

Ketika itu, Adenan berkata, inisiati dilaksanakan itu yang pertama seumpamanya di Malaysia dilakukan oleh seorang Ketua Menteri dan kerajaan negeri, diyakini mampu memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap jentera pentadbiran negeri di semua peringkat.

Dalam pada itu, Tan Sri Abu Kasim menyifatkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak khususnya wakil rakyat sebagai satu perkembangan positif dalam melahirkan negara yang mengamalkan budaya berintegriti.

“SPRM menyambut baik dan gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ,” kata beliau.

“Komitmen dan kerjasama semua lapisan masyarakat ternasuk pemimpin politik adalah amat diperlukan dalam menangani isu rasuah. Penglibatan dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan semua dalam usaha ini amatlah diargai,” kata beliau dalam ucapannya.

Sebelum ini, Abdullah pernah berkata, ikrar integriti ini dibuat secara sukarela sebagai menyokong saranan Ketua Menteri.

Beliau menegaskan bahawa Ketua Menteri serius mengenai intgriti dan mahu semua wakil rakyat terutama sekali ahli BNBBC memahami apa yang beliau maksudkan mengenai integriti.

Majlis menandatangani ikrar integrati ini merupakan sebahagian Program Memperkasakan Kesedaran Intergriti bersama Politik Berpengaruh Sarawak 2015 yang telah diaadakan hari ini.

Pada sebelah pagi tadi telah diadakan seminar di mana ceramah bertajuk “Jenayah Rasuah Peranan dan Tanggungjawab Politik Dalam Usaha Memerangi Jenayah Rasuah” telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPJ Abd Samat Kasah manakala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas, Cawangan  Khas Bukit Aman. 

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah menyampaikan ceramah bertajuk “Ancaman Keselamatan Negara.” - Sarawakiana
Ikrar Intergriti 25 ADUN BN dan 30 Setiausaha Politik Sarawak Ikrar Intergriti 25 ADUN BN dan 30 Setiausaha Politik Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on April 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.