Gambar hiasan Laban Rata, Gunung Kinabalu |
Seramai 89 orang pendaki dan pemandu arah Gunung Kinabalu dilaporkan gagal dikesan dan dikhuatiri tertimbus akibat kejadian gempa bumi yang menjejaskan beberapa daerah negeri Sabah awal pagi ini.
Menurut Pusat Gerakan Opearsi (PGO) Sabah, mereka menerima panggilan lebih kurang jam 7:39 pagi tadi menyatakan terdapat seramai 195 orang pendaki dan 32 pemandu arah Gunung Kinabalu dii KM 7.5 terselamat manakala seorang pendaki perempuan warga asing cedera di Laban Rata bersama 11 pemandu arah Gunung Kinabalu.
Unit udara dan polis udara telah pun dikejarkan ke lokasi kejadian.
Gempa bumi berskala 6 Richter dikesan berlaku pada kedalaman 80 kilometer diperut bumi yang berkedudukan di 6.08 Utara dan 116.67 Timur di Sabah lebih kurang jam 7:15 pagi tadi.
Gegaran berlaku sekitar daerah Ranau, Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Kudat.
Gegaran yang kuat berlaku di daerah Ranau mengakibatkan keretakan pada sebahagian bangunan kerajaan dan premis perniagaan.
Pasukan Bomba telah dikerah memantau dan membuat rondaan sekitar pekan Ranau bagi memastikan tiada mangsa yang cedera atau yang terperangkap.
PGO juga telah mengarahkan jentera Bomba di setiap daerah yang mengalami gegaran membuat pemantauan dan rondaan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal. - Sarawakiana
Gempa Bumi Sabah: 89 Pendaki Dikhuatiri Tertimbus
Reviewed by Salfian Nawawi
on
June 05, 2015
Rating:
No comments: