Seo Services

Ketuhar Tukar Emas Bernilai RM10,000


SIBU: Akibat mudah terperdaya dengan cara ‘licik’ dan termakan janji manis dua orang pegawai berpakaian kemas, pasangan suami isteri warga emas sebuah rumah panjang di Batu 24 Jalan Oya di sini kerugian kira-kira RM10,000.

Dalam kejadian jam 1 petang Khamis lalu, pengadu, 76, bersama isterinya didatangi pasangan lelaki dan wanita berpakaian kemas tidak dikenali.

Menurut pengadu lelaki berbangsa Bidayuh manakala wanita bersamanya berbangsa Iban memperkenalkan diri mereka kononnya dari ‘Astro’ untuk mempromosikan ketuhar berjenama.

Katanya, ketuhar tersebut diberikan kepada mereka (pengadu) sebagai hadiah kerana melanggan Astro sejak sekian lama.

Apa yang menghairankan pengadu dan isterinya, langganan Astro tersebut didaftar atas nama menantu lelaki mereka.

Difahamkan selepas pengadu dan isteri teruja dengan mulut manis dua ‘penglipurlara’ itu pengadu diarah mengeluarkan barang kemas milik isterinya sebagai jaminan.

Pengadu kemudian mengeluarkan bekas emas tersebut dan diserahkan kepada dua pegawai mendakwa mereka ingin memastikan nombor emas mereka miliki tulen atau sebaliknya.

Mereka juga berjanji memulangkan emas tersebut selepas mereka selesai berbuat demikian.

Menurut pengadu di dalam bekas barang kemas tersebut mengandungi dua utas rantai emas, empat utas gelang emas dan dua loket emas.

Apabila dua pegawai tersebut selesai memeriksa emas tersebut mereka terus beredar dari situ tanpa disedari pasangan warga emas bahawa barang kemas mereka sudah dilarikan oleh pasangan penipu itu.

Apabila pengadu menyedari hakikat sebenar, sudah terlambat kerana pasangan durjana terbabit entah ke mana hendak dicari.

Laporan polis mengenai kejadian diterima di Balai Polis Sentral di sini pagi kelmarin.

Sehubungan kes tersebut, orang ramai terutamanya umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri khususnya golongan warga tua dinasihatkan jangan mudah terperdaya dengan sesiapa yang tidak dikenali datang ke rumah mereka mungkin penyamar.

Difahamkan kumpulan tersebut dipercayai kumpulan yang sama aktif melakukan jenayah tipu dan menyamar sebagai pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. - UB
Ketuhar Tukar Emas Bernilai RM10,000 Ketuhar Tukar Emas Bernilai RM10,000 Reviewed by Salfian Nawawi on June 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.