Seo Services

1MDB Berjasa Kepada Pembangunan Islam - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama jawatankuasa masjid ketika hadir pada Majlis Pembukaan Dewan Solat Masjid Jamek Kampung Baru dan Penyerahan al-Quran oleh pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, hari ini
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menerima pelbagai kritikan dewasa ini banyak berjasa untuk pembangunan Islam di negara ini.

Perdana Menteri berkata, pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru misalnya yang menelan belanja sebanyak RM20 juta adalah sebahagian daripada sumbangan syarikat itu melalui Yayasan 1MDB.

Beliau berkata, malangnya hari ini 1MDB yang banyak membantu masyarakat Islam menerima pelbagai kritikan dan tohmahan khususnya di media sosial.

"Bila jawatankuasa masjid jumpa saya serta merta saya bersetuju dan luluskan, saya minta Yayasan 1MDB yang malangnya banyak menerima kritikan di media sosial sehari dua ini.

"Inilah jasa 1MDB kepada umat Islam, sumbangan yang cukup besar, pada asalnya bajet (pembinaan masjid) ini sedang-sedang, bila dilaksanakan ia semakin bertambah sehingga RM20 juta itu pun tidak cukup lagi," katanya ketika berucap sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, sebentar tadi. - BH
1MDB Berjasa Kepada Pembangunan Islam - PM 1MDB Berjasa Kepada Pembangunan Islam - PM Reviewed by Salfian Nawawi on June 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.