Rata-rata rakyat mahukan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan beberapa tahun dahulu melalui bajet tahunan diteruskan disebalik terdapat usul dari beberapa pihak yang mahukan ia dihentikan atas alasan ianya satu pembaziran.
Luahan hati mereka dapat dirakamkan dalam satu tinjauan Sarawakiana pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching semalam.
Ali Sabu, 73 tahun, amat setuju sekiranya kerajaan terus mengekalkan bagi mengurangkan bebanan kehidupan yang semakin hari semakin meningkat.
Ali Sabu, 73 tahun, amat setuju sekiranya kerajaan terus mengekalkan bagi mengurangkan bebanan kehidupan yang semakin hari semakin meningkat.
Beliau berkata dengan adanya BR1M, penduduk luar bandar terutama Sabah dan Sarawak dapat merasa hasil kerajaan dan dapat membantu mengurangkan bebanan rakyat golongan sasar di luar bandar.
Manakala ketika di tanya pandangannya mengenai Pemimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ali berkata, pemimpin nombor satu sekarang ternyata lebih jauh perihatin kepada masyarakat, terutamana yang di luarbandar bagi merapatkan jurang ekonomi diantara bandar dan luar bandar.
“Perdana Menteri lebih memahami apa yang dikehandaki oleh rakyat di Sarawak dan golongan sasar,” katanya lagi.
Manakala, Juliani Jineh, 28 tahun, yang berasal dari Padawan turut menyuarakan agar BR1M diteruskan.
Manakala, Juliani Jineh, 28 tahun, yang berasal dari Padawan turut menyuarakan agar BR1M diteruskan.
“Saya tidak bersetuju BR1M dimansuhkan kerana bagi saya mudah untuk menjimatkan perbelanjaan dapur disamping ianya memboleh saya menyimpan sedikit hasil pendapatan suami saya,”katanya.
Mengenai kepimpinan Najib, beliau berkata, Perdana Malaysia kini telah menyumbangkan banyak kemajuaan dan pembangunan kepada rakyat Sarawak seperti jalanraya, sekolah, bekalan air dan sebagainya.
“Ianya memudahkan rakyat Sarawak meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarga.” tambahnya lagi.
Sementara itu, individu yang hanya ingin dikenali sebagai Noraini Hashim, 21 tahun, menyatakan, tidak dinafikan bahawa pemberian BR1M sedikit sebanyak telah dapat membantu rakyat untuk meringankan beban dan kerisauan tentang masalah kewangan.
"BR1M juga memainkan peranan yang penting dalam kedudukan ekonomi keluarga lebih-lebih lagi mereka yang kehilangan punca pendapatan utama," kata Noraini lagi.
Senada dengan yang lain, beliau menyatakan, Perdana Menteri kita seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat kerana baru beberapa tahun beliau memimpin Malaysia, banyak pembangunan yang telah dicapai khususnyadi negeri Sarawak. - Sarawakiana
Sementara itu, individu yang hanya ingin dikenali sebagai Noraini Hashim, 21 tahun, menyatakan, tidak dinafikan bahawa pemberian BR1M sedikit sebanyak telah dapat membantu rakyat untuk meringankan beban dan kerisauan tentang masalah kewangan.
Senada dengan yang lain, beliau menyatakan, Perdana Menteri kita seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat kerana baru beberapa tahun beliau memimpin Malaysia, banyak pembangunan yang telah dicapai khususnyadi negeri Sarawak. - Sarawakiana
Rakyat Mahu BR1M Terus Dikekalkan
Reviewed by uMieySurianie
on
June 05, 2015
Rating:
No comments: