SETIAP gadis pastinya mengimpikan majlis lamaran yang paling sempurna daripada kekasih masing-masing.
Majlis lamaran sempurna pastinya yang sering kali digambarkan menerusi filem-filem romantik Barat antaranya melamar di restoran mewah dengan iringan muzik merdu lagi romantis atau pun melamar di tepian pantai dengan bersaksikan panorama matahari terbenam.
Tapi berlainan bagi gadis ini, apabila wajahnya kelihatan sedikit kecewa dengan lamaran yang dibuat teman lelakinya.
Kekasihnya cuba membuat kejutan lamaran dengan meletakkan cincin di atas burger yang dipesan untuk teman wanitanya namun ternyata perkara yang disangkakan bakal menambat hati wanita itu jauh tersasar daripada apa yang diharapkan oleh sang jejaka.
Sengaja membuat lamaran dengan menggunakan produk McDonalds sebagai mengimbau kenangan date pertama mereka, namun wanita itu merasakan langsung tidak romantis lantas menolak lamaran untuk berkahwin.
Hmmm, kesian juga dengan lelaki tu, dah rancang macam-macam, alih-alih awek dia reject macam tu je..
Tak mengapalah, cuba lagi di masa hadapan ya! - MYNEWSHUB.CC
VIDEO: Gadis Kecewa Dilamar Dengan Burger McDonalds
Reviewed by uMieySurianie
on
June 04, 2015
Rating:

No comments: