Seo Services

Sejak Bila Sarawak Repot Bercakap Benar?


Sejak bila Sarawak Repot bercakap benar? Pernahkah sesiapa mendengar atau membaca apa-apa ulasan dari Sarawak Report yang memuji atau menyokong usaha baik kerajaan?

Persoal Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Haji Saidol sambil berkata, Sarawak Report adalah agen propaganda yang bertuan dan dibiayai oleh bekas penjajah kita.

"Telah terbukti Sarawak Report telah mengguna banyak maklumat yang mereka sendiri tahu tidak benar atau di putar belit untuk menyerang kerajaan."

"Adalah pelik untak bertanya tentang "kredibiliti" Sarawak Report yang kononnya tercalar disebabkan pendedahan ini kerana hakikatnya Sarawak Report tidak pernah ada "kredibiliti" untnk di calarkan," kata Abdullah lagi.

"Walaupun 1,000 mahkamah dari berbagai negara berjaya membukti Sarawak Report berbohong dan memfitnah, saya yakin Sarawak Report tidak akan berubah dan berganjak dari prinsip perjuangan mereka sehingga misi mereka untuk menghuru-hara negara ini berjaya," katanya lagi.

Abdullah, yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan juga; ADUN Semop berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana untuk mendapatkan komen mengenai mengenai pernangkapan seorang suspek yang dipercayai memberi maklumat 1MDB kepada Sarawak Report yang kemudiannya dikatakan telah "diubah" bagi "menyerang" pemimpin kerajaan.

"Kegagalan mereka untuk memanipulasi isu 1MDB hanyalah kegagalan kecil bagi Sarawak Report serta rakan-rakan media mereka yang lain."

"Sarawak Report bukanlah media yang bebas dari pengaruh politik. Pihak pembangkang juga bersekongkol dengan mereka," katanya lagi.

Beliauberkata, usaha kerajaan untuk memberi perhatian kepada initiatif untuk membaiki keadaan serta memakmurkan negara sedikit sebanyak diganggu oleh sikap anasir surbersif Sarawak Report serta kuncu-kuncu mereka akan mengambil setiap peluang untuk menimbulkan fitnah yg melampau serta suasana berburuk sangka di kalangan masyarakat kita.

"Harapan kita ialah supaya perpaduan di kalangan kita yg berbilang kaum akan terus di pertahankan dan bila ada kecacatan dalam kerajaan, janganlah kita cepat melatah."

"Gunakan saluran yang betul dan berhemah. Kita sebuah negara yg merdeka dan berdaulat. Kita harus jujung sikap serta budaya semulajadi masyarakat negara ini yg terkenal dengan budi bahasa, sopan santun dan peramah," ujarnya lagi.

"Kita pernah dijajah. Jangan biarkan pemikiran dan jiwa kita di jajah lagi."

"Baik buruk negara ini, ia tetap tanah tumpah darah kita. Tempat kita di lahirkan dan ramai kita mahu jasad kita di semadikan di sini," pesan Abdullah lagi. - Sarawakiana
Sejak Bila Sarawak Repot Bercakap Benar? Sejak Bila Sarawak Repot Bercakap Benar? Reviewed by Salfian Nawawi on June 26, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Bolehkah Sarawak report dan the edge dinyahkan dari negara ini? Saya amat rimas dan benci dengan kejahatan kedua2 media ini.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.