Seo Services

Tiga Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Raub


KUANTAN: Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 350, Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu dekat Raub pagi Selasa.

Mangsa yang maut adalah pemandu Proton Iswara, Bahari Abu, 63, dan penumpangnya Abdurrahman, 27, dari Lombok Tengah, Indonesia serta penumpang kereta Perodua Kancil iatu Talib Ibrahim, 56, dari Kampung Jenut, Raub.

Manakala mangsa yang cedera ialah pemandu serta penumpang kereta Perodua Kancil, Zahim Abd Rahman, 40, dan Mohd Faiz Amirudin, 23, yang kini menerima rawatan di Hospital Raub.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Zahari Wan Busu berkata kejadian pada pukul 8.25 pagi itu melibatkan dua buah kereta, sebuah treler dan sebuah lori.

"Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Bahari dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan ketika tiba di lokasi kejadian.

"Pada masa sama sebuah treler yang membawa muatan kayu bergergaji datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata treler itu kemudiannya bergesel dengan sebuah lori membawa muatan roti sebelum terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan.

"Sebuah lagi kereta jenis Perodua Kancil yang berada di belakang lori itu tidak sempat mengelak dan turut terbabit dalam kemalangan berkenaan," katanya.

Katanya pemandu lori muatan roti berumur 51 terbabit tidak cedera bagaimanapun telah ditahan untuk membantu siasatan selepas ujian air kencing dijalankan mendapatinya positif syabu.

"Mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya- BERNAMA
Tiga Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Raub Tiga Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Raub Reviewed by Unknown on June 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.