Seo Services

Hashtag #LiveKCH Menjadi Platform Dekati Masyarakat


KUCHING: Media sosial merupakan satu platform yang luas dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di Sarawak khususnya.

Pengerusi Sarawak Blogger Cyril Dason berkata demikian dalam sidang media “Hashtaglive Kuching (‪#‎LIVEKCH‬) 2015” yang berlansung di CityOne Megamall di sini hari ini.

“Hashtag #LiveKCH bertujuan untuk lebih dekat kepada masyarakat serta digunakan sebagai platform mendidik orang awam dan pengguna media sosial mengenai kesukarelawanan dan isu-isu media sosial,” katanya.

"Hashtag #LiveKCH merupakan acara komuniti media sosial terkini yang dianjurkan oleh Bloggers Sarawak," katanya sambil menambah, nama 'HashtagLive' telah dipilih sebagai hashtag adalah bagi menghubungkan pengguna media sosial untuk topik atau titik tertentu."

"Oleh itu, #LiveKCH adalah acara di mana orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza boleh datang bersama-sama untuk melihat sendiri keistimewaan acara ini," katanya lagi.

Terdahulu, Telekom Malaysia Berhad (TM), peneraju jalur lebar di Malaysia, melalui TM Sarawak merupakan penaja utama #LiveKCH yang bakal diadakan di CityOne Megamall pada 12 -13 September 2015 ini.

Sehubungan itu, buat kali pertama bagi ruang media sosial khusus di Twitter, Facebook dan Instagram akan memeberi peluang untuk orang ramai berkongsi idea untuk menjadi tulang belakang media sosial.

Acara ini bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan secara langsung oleh Artis Youtube Sarawak seperti Azwan Juperi, Ashrun Zikri, Dzul Izzat, Joyce Khoo, Eric Goh, Sasha Ningkan dan penampilan khas daripada bintang Youtube Nanasheme.

Selain itu, pasaran yang besar seperti #LiveMarket juga akan dibina untuk mengetengahkan lebih 20 talian blog atau kedai media sosial kepada orang ramai.

Penganjur #LiveKCH sebelum ini juga bertanggungjawab menganjurkan Best Social Media Gathering Malaysia pada tahun 2013 dinamakan Tweet -Up Kuching. - Sarawakiana
Hashtag #LiveKCH Menjadi Platform Dekati Masyarakat Hashtag #LiveKCH Menjadi Platform Dekati Masyarakat Reviewed by uMieySurianie on September 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.