Seo Services

POCA Diterus Bagi Membentras Penjenayah Tegar Di Sarawak


KUCHING: Ketua Siasatan Jenayah Kontijen Sarawak SAC Dev Kumar menegaskan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) akan diteruskan terhadap penjenayah tegar bagi memastikan masyarakat di Sarawak hidup dalam keadaan aman tenteram.

"Setakat ini, tindakan dibawah POCA telah diambil keatas 25 orang di Sarawak. Mereka adalah diantara penjenayah tegar yang terlibat dalam jenayah harta benda," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (IPD Kuching), Simpang Tiga di sini hari ini.

"Terdapat penurunan kadar jenayah sebanyak 711 kes setakat lapan bulan pertama pada tahun ini bermula 1 Januari sehingga 31 Ogos (4,952 kes) berbanding dengan tahun lepas pada masa yang sama."

Beliau menambah, penyumbang tertinggi kepada indeks jenayah pada tahun ini adalah dari kes jenayah harta benda yang dilaporkan sebanyak 4402 kes iaitu 89 peratus dari indeks jenayah keseluruhan manakala sebanyak 550 kes jenayah kekerasan telah dilaporkan.

Menurutnya lagi, walaubagaimanapun, kedua-dua indeks jenayah telah menurun kepada 28 peratus iaitu 108 kes jenayah kekerasan dan 603 kes jenayah harta benda.

"Sebanyak 26 kes bunuh dilaporkan sehingga 31 Ogos 2015 iaitu penurunan sebanyak 10 kes dibanding dengan tahun lepas," katanya sambil menambah, kes samun berkawan tanpa senjata api juga mencatatkan penurunan sebanyak 44 kes.

"Fokus utama Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak adalah membendung jenayah harta benda, khususnya kecurian motosikal, pecah rumah dan curi serta kecurian kereta," tedas Dev Kumar.

"Kecurian motosikal merupakan penyumbang tertinggi dimana sebanyak 1,929 kes telah dilaporkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini diikuti sebayak 880 kes pecah rumah dan curi, dan 610 kes kecurian kereta," jelasnya.

"Ini adalah kerana usaha dalam tindakan pencegahan oleh setiap daerah dan dengan tertangkapnya kumpulan-kumpulan yang aktif dalam jenayah-jenayah tersebut serta usahasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat yang membantu pihak polis," kata Dev Kumar. - Sarawakiana
POCA Diterus Bagi Membentras Penjenayah Tegar Di Sarawak POCA Diterus Bagi Membentras Penjenayah Tegar Di Sarawak Reviewed by Unknown on September 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.