Seo Services

Insiden Kren Runtuh: Enam Jemaah Haji Malaysia Cedera


MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan berlakunya kejadian keruntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat ribut pasir dan hujan lebat.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada jam 8.30 malam (waktu Saudi), buat masa ini sejumlah enam (6) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan lima yang lain cedara ringan.

Pasukan kebajikan dan perubatan telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan di kawasan terbabit.

Ini bertujuan  untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah Haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Semua yang cedera telah dikenalpasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian.

Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital Tabung Haji untuk rawatan lanjut.

Pasukan perubatan TH telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

TH akan memaklumkan perkembangan ini dari masa ke semasa. - Sarawakiana

Baca berita berkaitan:

Insiden Kren Runtuh: Enam Jemaah Haji Malaysia Cedera Insiden Kren Runtuh: Enam Jemaah Haji Malaysia Cedera Reviewed by Salfian Nawawi on September 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.