Seo Services

Kren Runtuh, Sekurang-kurangnya 64 Jemaah Haji Maut


MEKAH:  Sebuah kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram tumbang lalu menghempap jemaah petang semalam.

Difahamkan, kejadian dipercayai terjadi setelah berlaku hujan dan ribut kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.

Walaupun hingga kini belum dapat dipastikan jumlah sebenar mangsa, menurut FB Arab News, seramai 64 telah meninggal dunia setakat ni dan ramai yang cedera parah.

Setakat ni, empat rakyat Malaysia didapati terlibat kejadian dimana tiga daripada mereka hanya cedera ringan manakala seorang lagi patah kaki.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mana mana pihak.

Namun satu sidang media dijangka diadakan oleh Ketua Rombongan Haji 1436H, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam masa terdekat ini. - Sarawakiana


Kren Runtuh, Sekurang-kurangnya 64 Jemaah Haji Maut Kren Runtuh, Sekurang-kurangnya 64 Jemaah Haji Maut Reviewed by Salfian Nawawi on September 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.