Seo Services

SMK Long Lama Baram Juara Piala Ketua Menteri Sarawak 2015


KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama Baram Miri muncul sebagai juara buat kali pertama pada Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak 2015 selepas mengalahkan SMK Kabong dalam pertandingan akhir yang berlangsung petang tadi.

SMK Long Lama Baram diwakili oleh Mildred Ubong Augustine selaku ketua pencadang, Awing Uloi, Sharon dan Haslam Asrul Abdullah selaku pembahas simpanan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, Piala Pusingan YAB Ketua Menteri Sarawak, piala iringan, sijil penyertaan serta buku sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Pustaka Negeri Sarawak

Mereka bertindak sebagai pencadang manakala SMK Kabong sebagai pembangkang dengan membahaskan tajuk “Pendidkan Teknikal Asas Kemajuan Negara”.

Kemenangan tersebut sekaligus menjadikan ketua kumpulan mereka Mildred Ubong dinobatkan sebagai pembahas terbaik dan beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala iringan, sijil penyertaan serta buku.

Sementara itu, juara bahas tahun 2013, SMK Kabong dinobatkan naib johan pula menerima hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan, sijil penyertaan dan buku.

Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak kini memasuki edisi ke-30 yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM) dan telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pelajaran Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Pejabat Residen dan Daerah.

Pertandingan Bahas pada tahun ini cukup istimewa kerana ia mempertemukan sekolah luar bandar yang terdapat di negeri Sarawak dan ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nasar selaku tetamu kehormat pembahasan tersebut. Turut hadir, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak Datuk Haji Abdul Wahab Aziz. - Sarawakiana
SMK Long Lama Baram Juara Piala Ketua Menteri Sarawak 2015 SMK Long Lama Baram Juara Piala Ketua Menteri Sarawak 2015 Reviewed by Unknown on September 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.