KUCHING: Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2015, Bahagian Program Radio, RTM menganjurkan Konsert Aktif 7 dan telah memilih The Summer Shopping Mall Kota Samarahan, Sarawak sebagai lokasi pada kali ini.
Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Dr Nawiyah Che Lah berkata, Konsert Aktif 7 yang berlansung pada jam 8.30 malam pada 12 September 2015 (Sabtu) bakal menggabungkan persembahan penyampaian popular dari radio RTM iaitu NASIONALfm, TRAXXfm, Alfm, MINNALfm, Radio Klasik, KLfm dan ASYIKfm.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Konsert Aktif 7 di Foyer yang berlansung di bangunan RTM di sini hari ini.
“Antara barisan penyampai popular radio RTM yang menjayakan Kosert Aktif 7 ialah DJ Muaz dan Odey dari NASIONALfm, DJ Sonic dari KLfm, DJ Ady dari Radio Klasik, DJ Ravin dari MINALfm, DJ Pei Ying dari Alfm, Dj Mary dari TRAXXfm, dan DJ Linda dari ASYIKfm,” katanya.
Tambahnya, kali ini penyampai popular stesen radio dari negeri Sarawak yang terdiri daripada DJ AJ dan DJ Shaza dari SARAWAKfm, DJ Jeff dari Redfm dan DJ Felis dari WAIfm turut beraksi di pentas Konsert Aktif 7 .
Menurut Nawiyah, penganjuran Konsert aktif 7 adalah sebagai penghargaan RTM kepada pendengar dan penonton setianya yang sentiasa menyokong RTM sebagai saluran informasi utama negara.
Terdahulu, selain barisan penyampai-penyampai radio RTM, Konsert Aktif 7 turut menampilkan persembahan artis-artis popular tanah air Dayang Nurfaizah, Najwa Latiff, Mark Adam, Ally AXL dan Amelina.
Turut memeriahkan lagi ialah Kumpulan Sixth sense dan Kumpulan Kristal.
Selain itu, Konsert ini juga adalah platform terbaik mendekatkan radio dan barisan penyampai populr dengan pendengar serta pengikut setia mereka.
Dipertanggungjawabkan sebagai hos Konsert Aktif 7, NASIONALfm turut bekerjasama dengan Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak, Pejabat Daerah Kota Samarahan serta The Summer Shopping Mall, kota Samarahan sebagai penaja lokasi Konsert Aktif 7.
Sehubungan itu, Konsert Aktif 7 juga bakal disiarkan secara lansung menerusi NASIONALfm (frekuensi 88.1) pada 12 september 2015, bermula jam 8.30 malam. – Sarawakiana
Konsert Aktif 7 Di Kuching
Reviewed by uMieySurianie
on
September 11, 2015
Rating:

No comments: