KUCHING: Polis Sarawak sentiasa komited dalam mempertingkatkan usaha membendung kegiatan perjudian siber dengan usaha menghapus aktiviti tersebut secara keseluruhannya di Sarawak.
Ketua Siasatan Jenayah Kontijen Sarawak, SAC Dev Kumar berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak amat memandang serius terhadap kegiatan ini dan telah mengeluarkan surat untuk meminta penjelasan daripada beberapa Ketua Polis Daerah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah juga Ketua Polis Balai dimana aktiviti perjudian siber masih berjalan.
"Sehubungan itu, sejak Januari hingga semalam, sebanyak 532 serbuan keatas premis perjudian siber dan berjaya menangkap sebanyak 2457 orang yang terdiri daripada penjaga premis dan pengunjung."
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuching (IPD Kuching), Simpang Tiga di sini hari ini.
Dev Kumar menjelaskan, sebanyak 8549 mesin komputer telah dirampas dan serbuan terbanyak telah dicatat di Kuching, Sibu, Miri dan Kota Samarahan.
"Operasi terkini telah dijalankan di Miri pada 7 September 2015 dimana pihak Jabatan Siasatan Jenayah Miri telah menyerbu lima premis dalam satu hari dan seramai 19 orang telah ditangkap dan sebanyak 89 mesin komputer dirampas," katanya sembil mendedahkan, salah sebuah tempat serbuan merupakan sebuah rumah kediaman dua tingkat yang disewa oleh pemilik pusat perjudian dan ia merupakan trend terbaru bagi mengaburi mata pihak polis.
"Dalam pada itu, pihak polis akan berterusan memantau serta memastikan Sarawak bersih dari kegiatan ini dan pihak kami akan mengambil tindakan tegas keatas pemilik-pemilik premis perjudian siber yang masih degil dan enggan memberhentikan aktiviti tersebut dan tindakan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)," tambahnya lagi. - Sarawakiana

Polis Sarawak Komited Bendung Kegiatan Perjudian Siber
Reviewed by Unknown
on
September 09, 2015
Rating:

No comments: