Seo Services

#Bajet2016 Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh, Dijangka Catat KDNK 4.5-5.5 Peratus


KUALA LUMPUR: Walaupun berhadapan dengan persekitaran luar yang mencabar termasuk kejatuhan harga komoditi dan ketidaktentuan pasaran kewangan, ekonomi Malaysia kekal kukuh dan dijangka mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2015 (2014:6 peratus), disokong aktiviti ekonomi domestik berdaya tahan.

"Pendapatan negara seperti yang diukur melalui pendapatan negara kasar dijangka meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM1.13 trilion dengan pendapatan per kapita mencatat kadar pertumbuhan 4.2 peratus kepada RM36,397 (2014:8.6 peratus; RM1.07 trilion; 7.2 peratus; RM34,945)," menurut Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan hari ini.

Laporan tersebut dikeluarkan berikutan pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan ekonomi tersebut, permintaan domestik yang disokong oleh perbelanjaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan meskipun dalam ketidaktentuan persekitaran luar.

Pelaburan swasta dijangka berkembang pada kadar sederhana, sebahagian besarnya didorong oleh perbelanjaan modal sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Manakala dari segi penawaran, pertumbuhan pada tahun 2015 dijangka disokong oleh pengembangan semua sektor ekonomi terutamanya perkhidmatan dan pembuatan.

"Sungguhpun volatiliti pasaran kewangan global, akaun kewangan akan mengekalkan aliran dua hala dengan pelaburan langsung asing dijangka meningkat disokong oleh keyakinan terhadap fundamental makroekonomi dan prospek pertumbuhan ekonomi domestik.

"Syarikat Malaysia akan terus melabur di luar negeri untuk meningkatkan pendapatan serta menambah nilai pemegang saham dan meluaskan syer pasaran dalam sektor tertentu," katanya.

Laporan itu berkata meskipun dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, inflasi kekal pada paras terkawal, disebabkan harga runcit minyak yang lebih rendah dengan pelaksanaan mekanisme apungan terkawal harga minyak.

Tambahan pula, senarai barangan berkadar sifar yang merangkumi 30 peratus daripada kumpulan indeks harga pengguna telah membantu mengimbangi kesan GST.

"Memandangkan prospek jangka pendek bagi harga komoditi dan inflasi global masih lemah, inflasi domestik dijangka dalam lingkungan dua peratus hingga 2.5 peratus pada tahun 2015," katanya. -BERNAMA

#Bajet2016 Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh, Dijangka Catat KDNK 4.5-5.5 Peratus #Bajet2016 Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh, Dijangka Catat KDNK 4.5-5.5 Peratus Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.