Seo Services

Bakar Kalori Dengan Hanya Berjalan


Untuk pengetahuan anda semua, berjalan kaki adalah cara yang terbaik untuk membakar lebihan kalori yang terdapat di dalam tubuh.

Menurut kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah di Universiti Ohio, Amerika Syarikat, Manij Srinivasan, penambahan kelajuan berjalan mampu menambah pembakaran kalori sehingga 20 peratus.

“Ramai yang tidak percaya kalori mampu dibakar dengan hanya berjalan kaki. Padahal, jika ia dilakukan secara teratur dan kepelbagaian gerakan langkah, pembakaran kalori dapat dilakukan dengan begitu banyak.

“Disebabkan itu, setiap individu perlu mengukur nilai metabolisme dengan mengubah kelajuan langkah kaki,” jelasnya.

Tambah Srinivasan, selain menambah frekuensi kelajuan, berjalan dengan membawa beg berisi muatan berat di belakang badan dan mengikat sedikit beban di bahagian kaki juga baik untuk pembakaran kalori.

Ini kerana, tekanan yang terdapat pada beban tersebut membantu mempercepatkan lagi proses pembuangan kalori. - sumber
Bakar Kalori Dengan Hanya Berjalan Bakar Kalori Dengan Hanya Berjalan Reviewed by Unknown on October 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.