Seo Services

Banyakkan Rumah Kos Rendah Dan Sederhana – Johari


CYBERJAYA – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini mengulangi gesaan agar pemaju membanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di kawasan bandar.

Ini, katanya, bagi mengimbangi kehidupan masyarakat bandar dengan luar bandar.

“Bayangkan ada yang bergaji RM1,000 lebih tinggal di luar bandar (kerana rumah murah) tetapi kerja di bandar, tapi kos pengangkutan pula mencecah sehingga RM600 sebulan, ini tak ekonomikal, ia sepatutnya balance (seimbang),” katanya.

Johari bercakap pada sidang media selepas merasmikan Taklimat Bajet 2016 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah untuk memperbanyakkan rumah kos rendah dan sederhana di kawasan bandar, Johari mencadangkan pemaju perumahan menumpukan kepada pembangunan semula bangunan pangsapuri lama.

“Misalnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak perlu menyerahkan kepada pihak swasta untuk melaksanakan pembangunan secara komersial.

“Sebaliknya membangunkan semula kawasan kediaman yang ada atau (memajukan) tanah di kawasan strategik dengan rumah kos rendah dadn sederhana,” katanya.

Menyentuh rumah mampu milik, Johari berkata, “Perkataan ‘affordable house’ (rumah mampu milik) kena ‘manage’, saya fikir kena sebut rumah kos rendah dan sederhana kerana bila sebut rumah mampu milik harganya ada (mencecah) RM300,000.

“Bila saya tanya sesetengah pemaju, ada antara mereka kata rumah harga RM500,000 pun ‘affordable’ kerana setiap kali lancar semua habis dibeli oleh orang yang mampu,” katanya. – BERNAMA
Banyakkan Rumah Kos Rendah Dan Sederhana – Johari Banyakkan Rumah Kos Rendah Dan Sederhana – Johari Reviewed by uMieySurianie on October 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.