Seo Services

Kebocoran Minyak Di Ruang Meletak Pesawat KLIA2 Bukan Disebabkan Mendapan


KUALA LUMPUR: Kebocoran minyak di ruang meletak pesawat Q10 dan Q12 Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di Sepang, bukan disebabkan oleh mendapan tanah seperti dilaporkan dalam media, kata Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

MAHB dalam kenyataan hari ini berkata, menurut Kuala Lumpur Aviation Fueling Systems (KAFS) yang bertanggungjawab bagi pengurusan, operasi dan penyelenggaraan saluran paip, saluran paip itu yang terletak di atas tapak khas, tidak terjejas akibat mendapan tanah tersebut.

"KAFS sedang menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga telah diberi taklimat mengenai insiden berkenaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata operasi lapangan terbang di klia2 tidak terjejas kerana mempunyai ruang meletak pesawat yang mencukupi bagi menampung operasi pesawat setiap hari.

"Malaysia Airports akan memberi maklumat lengkap berhubung insiden itu kepada syarikat penerbangan bagi memastikan operasi mereka tidak terjejas," kata kenyataan itu.-mStar
Kebocoran Minyak Di Ruang Meletak Pesawat KLIA2 Bukan Disebabkan Mendapan Kebocoran Minyak Di Ruang Meletak Pesawat KLIA2 Bukan Disebabkan Mendapan Reviewed by Unknown on October 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.