Seo Services

Bot Karam Selepas Lihat Ikan Paus


KANADA: Lima maut selepas sebuah bot yang digunakan untuk melihat ikan paus tenggelam di perairan Pulau Vancouver British Colombia, barat Kanada semalam.

Bot yang membawa 27 penumpang tenggelam berdekatan Tofino di Pulau Vancouver, menurut pegawai pantai sambil menambah keadaan laut berada dalam keadaan tenang semasa insiden berlaku.

Pegawai penyelamat berkata, 21 orang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang.

Kewarganegaraan mangsa bagaimanapun masih belum dipastikan.

Pihak berkuasa kesihatan Pulau Vancouver, Valerie Wilson memberitahu AFP, mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Besar Tofino.

Sementara itu, laman web syarikat perkhidmatan bot berkenaan berkata, lawatan melihat ikan paus pada musim ini akan berakhir pada 31 Oktober dan telah beroperasi sejak 30 tahun lalu.

Tofino terkenal dikalangan pelancong untuk melihat ikan paus. - SH
Bot Karam Selepas Lihat Ikan Paus Bot Karam Selepas Lihat Ikan Paus Reviewed by uMieySurianie on October 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.