KUCHING: Seorang lelaki ditahan selepas meragut seorang wanita di hadapan sebuah premis makanan di Jalan Astana dekat sini, semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, seorang wanita dikatakan dalam perjalanan menuju ke sebuah premis makanan sebelum didatangi saspek dari belakang.
Menurut sumber, saspek berusia lingkungan 20-an yang berbadan gempal itu menghampiri mangsa lalu melarikan beg tangan milik mangsa.
Wanita itu kemudian bertindak mengejar saspek yang dikatakan berlari perlahan disebabkan faktor fizikalnya.
Tindakannya mengejar saspek turut disedari orang awam yang berada di tempat kejadian.
Saspek kemudian berjaya ditangkap beberapa orang awam sebelum diserahkan kepada polis. Setakat berita ini ditulis, mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.-UtusanSarawak
Lelaki Ragut Wanita Ditahan
Reviewed by Unknown
on
October 27, 2015
Rating:

No comments: