Seo Services

Lelaki Mengamuk Ditahan Polis


MIRI: Seorang lelaki dipercayai mabuk ditahan polis apabila mengamuk menggunakan parang di kawasan perumahan Quadruplex, Permyjaya di sini, petang kelmarin.

Lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan oleh sepasukan anggota polis peronda (MPV) yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan orang awam kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut sumber, sebelum itu, saspek dikatakan menjerit seperti orang kurang siuman sambil mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan beberapa penghuni di kawasan perumahan berkenaan ketakutan.

“Saspek dikatakan menghayun parang yang dipegang sambil menjerit tidak tentu pasal. “Ekoran tindakan lelaki itu, orang awam menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi cuba menenangkan lelaki terbabit dan memintanya untuk meletakkan parang yang di pegangnya.

“Pada mulanya, saspek enggan memberi kerjasama namun selepas dipujuk beberapa minit lelaki itu akhirnya menyerah diri,” katanya.

Katanya, saspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.-UtusanSarawak
Lelaki Mengamuk Ditahan Polis Lelaki Mengamuk Ditahan Polis Reviewed by Unknown on October 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.