Seo Services

Pecah Rumah: Tiga Sekawan Dicekup


LIMBANG: Hasrat tiga sekawan membelanjakan wang hasil curi tidak kesampaian apabila perbuatan mereka memecah masuk dan melarikan beberapa peralatan berharga terbongkar Ahad lalu.

Suspek berusia antara 19 hingga 21 tahun diberkas dan polis menemui semula beberapa peralatan pembinaan yang dikebas hasil penangkapan semua suspek.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata salah seorang suspek ditahan merupakan anak mangsa.

“Ketiga-tiga suspek ditahan selepas gerakan mengesan mereka berjaya dilakukan sejak Khamis lalu,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, antara peralatan dirampas termasuk mesin pemecah simen jenama Bosch, mesin pemotong kayu jenama Hitachi, mesin ‘welding’, gergaji mesin dan iPad.Katanya, semua rampasan itu bernilai RM6,870.

“Semua suspek direman bagi mengesan barang kes yang masih belum ditemui,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pihaknya turut berjaya menemui beberapa lagi peralatan yang hilang dalam kes pecah rumah hasil tangkapan ketiga-tiga suspek terbabit.

“Kita menemui seunit mesin ‘drill’ jenama HYCO, mesin pemotong besi jenama BOSCH, mesin pencetak jenama Canon semuanya bernilai RM5,650,” jelasnya.

Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin lalu hingga Khamis ini.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seorang lelaki mengalami kerugian lebih RM14,000 selepas rumahnya di Jalan Pandaruan, di sini dipecah masuk melalui pintu belakang menyebabkan beberapa peralatan pembinaan hilang.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah).

Dalam kes berasingan, seorang pemandu jentera berat terkejut sebaik seunit alat elektronik ‘controller’ dalam jentera berat hilang dan dicuri pada Ahad lalu.Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 petang sebaik mangsa, 33, hendak memulakan kerjanya meratakan jalan di sebuah ladang sawit Hulu Medamit.

Menurutnya, alat tersebut berfungsi sebagai pemberi amaran di bahagian hadapan pemandu jika ada mana-mana peralatan elektronik dalam sistem jentera mengalami kerosakan atau gagal berfungsi.

Mohd Bukhori memberitahu, akibat kejadian itu mangsa mengalami kerugian sekitar RM10,000.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379A (2) Kanun Keseksaan (curi komponen kenderaan).-UB
Pecah Rumah: Tiga Sekawan Dicekup Pecah Rumah: Tiga Sekawan Dicekup Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.