Seo Services

Pengawal Keselamatan Cedera Selepas Enam Jam "Ghaib"


KUCHING: Seorang pengawal keselamatan muncul dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan di beberapa anggota badannya selepas enam jam menghilangkan diri.

Menurut rakannya, mangsa berusia 50-an itu sepatutnya mula bekerja jam 6 pagi semalam, namun tidak muncul di tempatnya bekerja di Satok sehingga jam 1.30 petang.

“Setiba dia di sini (tempat kerja), dia berlumuran darah dan beberapa anggota badannya mengalami kecederaan menyebabkan kami terus menghubungi pihak ambulans.

“Dia memberitahu dia terlibat dalam kemalangan langgar lari dan pemeriksaan ke atas motosikalnya juga mendapati ada kerosakan,” kata rakannya itu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS.-UB
Pengawal Keselamatan Cedera Selepas Enam Jam "Ghaib" Pengawal Keselamatan Cedera Selepas Enam Jam "Ghaib" Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.